Thursday, December 22, 2011

Cutiku yang Indah Diisi Dengan MemPelajari dan Mendalami Ilmu Agama

Assalamualaikum w.b.t.
beberapa hari yang lalu, aku ada mengikuti kursus perubatan islam (merawat orang yang kena ganggu syaitan, jin dan iblis). Fuhhhh!!!! pada mulanya aku berasa bengang la sebab yer la first time ikot.. tapi bile ustaz memberi ceramah pasal bab2 jin ni, tetiba hilang lak rasa bengang aku hilang.. yer la, bukan selalu tau kita dengar ceramah pasal bab2 jin ni.. huh. nak dipendekkan cerita lagi, time kursus tu kan, ada seorang proff. dia selalu menyindir2 pasal jin time dia bagi kursus tu (berlaku sedikit problem jer, dia salahkan jin). haaar.. ada satu masa tu kan, mikrofon x berfungsi tetiba, proff tu terus kata "haa.. tengok! ni jin punya salah la ni.. " pada masa tu aku relaks jer.. tapi selang beberapa minit, seorang rakan (satu kursus ngan aku ler) tetiba kerasukan pulak,, nak tau apa dia ckp? dia kata "kamu semua jangan buli2 pasal saya.. saya masih kecil lagi.." (ini jin yang kata) tapi memang yang rakan aku seorang lagi tu ada gangguan.. huhuh. nasib baik jin tu mengganas.. terus yang seorang lagi ustaz tu kata jin tu memang da ada di badan dia.. jin tu asal dari gunung ledang (orang bunian)..






ini dia ketika kami mengikuti kursus perubatan islam.. ustaz yang bagi ceramah tu ialah ustaz janis. dia menceritakan pengalamannya ketika merawat orang. antara pengalaman yang beliau kongsikan tu (aku tertarik ngan pengalaman dia) adalah ketika beliau hendak mengeluarkan jin dari badan pesakit. Jin tu kata kat ustaz "ala.. ustaz ni, nama jer pakai kopiah putih, tapi surah yasin pun x hafal). fuhhh.. gile la jin ni.. berani dia cabar ustaz ni. tapi ustaz tu dapat gak la kuarkan jin tu dari badan pesakit..





yang ni lak rakan2 sekelas aku.. antara semua rakan2, aku la yang paling muda.. hehe.




yang pakai baju biru tu ialah ustaz Trimizi al-hafiz.. beliau tengah menjampikan air dengan menggunakan ayat2 quran (ayat2 syifa'). beliau ni mempunya kelebihan.. yer la.. umur 9 tahun da boleh merawat orang.. lagi satu di usia belasan tahun dah jadi tahfiz.. huh! cemburu gak la.. tapi apa leh buat, masing2kan ada kelebihan..




haar... gambar ini lak ketika kami diruqyah dengan ayat2 quran.. huhuh. ada gak la orang yang bersilat, menggeletar.. tapi aku x rasa apa2 la.. (x da gangguan..hehe).

1 comment:

  1. Cerita jin menarik.. sila update blog selalu. :dari peminat baru

    ReplyDelete

Subscribe via email