Tuesday, January 31, 2012

Rumah kedai hangus terbakar, Kitab Tafsir Al-Quran Langsung tidak terbakar


Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.
Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan
Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.
Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.
Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.
Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Fussilat 41:54
Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.
Kami akan perlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA-RATA TEMPAT (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat 41:53
Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR Gambar dari  Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Shah Alam


Tuesday, January 24, 2012

Penyakit yang boleh disebabkan oleh makhluk halus



Soalan
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

Sunday, January 22, 2012

Dirogol jin punca wanita kahwin lewat?


Wanita yang berkahwin lewat, adalah rahsia yang sering tidak didedahkan. Mungkin banyak tafsiran, kononnya disihir dengan sihir pelalau iaitu sihir jenis melewatkan perkahwinan gara-gara dendam bekas pasangan atau lelaki yang ditolak lamarannya. Tetapi kes tersebut terlalu kecil. Maka apakah kes yang besar di sebalik wanita lewat berkahwin?

Teringat satu babak drama, antara liriknya: “Kau rogol je doktor tu, sebab dia mesti malu nak repot polis..”

Inilah yang ingin ana bincangkan melalui pengalaman merawat dan juga pengalaman mendengar masalah. Kisah ini akan digabungkan dari masalah bekas pesakit wanita agar tiada kena mengena dengan sesiapapun.

Mengikut statistik jumlah pesakit wanita yang mengadu hal dirogol jin, rata-rata semuanya wanita yang lewat berkahwin. Ana mengesyorkan, semua perempuan wajib nikah sebelum usia 25 tahun agar tidak diganggu. Umur 25 tahun adalah umur maksimum kerana ada kes, wanita umur 22 tahun juga sudah mengalami hal ini.

Sebelum itu, ana ijazahkan doa yang bersanad.
Doa Kecewa Kerana Putus Cinta, Tak dapat Harta Pusaka, Tak Dapat Kontrak, Tak Menang Kerusi parlimen dan semua jenis kesedihan termasuk kerana dirogol. 
Dibaca setiap lepas solat berserta dengan maknanya sekali

اَلَّلهُمَّ إِنِّي عَبِدُكَ اِبْنُ عَبْدُكَ، اِبْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضِيْ فِي حُكْمِكَ، عَدُلَ فِي قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اِسْمِ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسِكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الَقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حَزْنِي، وَذَهَابَ هُمِّي- رواه أحمد والحاكم وحسنه الحافظ في تخريج الأذكار، وصححه الألباني .

"Ya Allah, aku ini adalah hamba-Mu, putera dari hamba-Mu, selanjutnya putera dari umat-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu, menerima segala putusan-Mu, dan memandang adil apa juga hukum-Mu. Aku mohon dengan asma apa juga yang Engkau sebutkan terhadap diri-Mu, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau pernah Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmu-Mu, agar Al-quran itu Engkau jadikan kembang hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka dan penghilang susahku." (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Ibnu Hibban dan dihasankan Hafiz dalam Takhrij Al-Azkar, disahihkan Al-Albani)

PERINGKAT AWAL: Setiap malam wanita ini akan mengalami masalah di datangi oleh lembaga hitam pada awal kedatangannya. Biasanya isyarat awal ialah:
a. tidur selalu ditindih,
b. ternampak kelibat dan
c. sering merasai ada sesuatu apabila tidur.

Situasi seperti tidur dengan keadaan seksi lebih mudah sebenarnya mendapat amaran awal ini. Selain itu, ia dapat dirasai apabila wanita itu tidur dalam:
a. keadaan tapak tangan terbuka
b. Tidur kaki terkangkang
c. Tidur seorang diri

PERINGKAT PERTENGAHAN: Pada malam-malam tertentu, kelibat ini sudah berani muncul. Biasanya badan berbulu (seperti hantu raya). Ketahuilah, ada nas mengatakan jin itu badan berbulu melalui pengalaman sahabat nabi melihat jin mencuri kurma zakat. Maka  yang berbulu bukan semestinya hantu raya. Sebagaimana petanda peringkat awal tadi, kali ini lebih agresif dan sudah pandai melawan. Antara kesan yang dapat dilihat selepas bangun pagi:
a. Badan letih (kerana berlawan kudrat ketika ditindih)
b. Ada kesan lebam
c. Ada juga kes anggota seperti tangan atau kaki bercorak batik.
d. Jin main guli
e. Jin tiup-tiup di telinga

Pada peringkat pertengahan, wanita ini biasanya berumur antara lingkungan 26-30 tahun. Mereka ini mula hilang minat pada perkahwinan kerana sudah terlalu matang dan berkerjaya dan menganggap, tiada guna bersuami kalau diriku mampu mencari duit sendiri.
Bergantung pada kekuatan iman tahap gangguan ini. Di sini ana jelaskan, tak semestinya Muslimah sahaja yang diganggu, ada juga mukminat yang diganggu dan lebih 50% adalah mukminat. Maksud mukminat di sini ialah wanita yang alim, ustazah atau yang kuat agama. Kenapa terjadi demikian? Bukanlah ia ujian Allah, tetapi wanita itu sendiri seorang yang kurang agamanya. Maksud ana, ada cuti dalam sebulan yang membuatkan mereka ini meninggalkan solat yakni kedatangan haid. Bak kata pemuda, “tak kan aku nak cari perempuan sosial, mestilah aku nak bakal isteri yang baik-baik”. Di harap bahasa kiasan ini dapat difahami.

PERINGKAT AKHIR: Pada peringkat ini iaitu usia antara 29-40 tahun, lembaga berbulu tadi sudah berani menunjukkan muka dan memulakan sumbang songsangnya (iaitu bersetubuh dengan makhluk bukan jenisnya). Jin akan merogol wanita berkenaan. Wanita tidak lagi berdaya melawan kerana sudah penat dengan kerenah ini bertahun-tahun lamanya. Akhirnya wanita tadi membiarkan sahaja. Pengalaman dirogol biasanya:
a. Terasa khayal dan lazat
b. Tidak bercumbuan, cuma bersetubuh.
c. Klimaks atau basah kerana mencapai puncak kenikmatan persetubuhan.
d. Ada sesetengah kes, wanita ini mengandung dan terasa ada anaknya dari alam jin. Malah ketika ini, jin itu menjelma dalam bentuk lelaki yang tampan kerana wanita itu sudah mula sayang kepadanya. Tapi kes ini adalah kes kecil.

Pada peringkat akhir ini, berlangsung bertahun-tahun hingga wanita itu lupa untuk mencari teman hidup. Apabila menyedari umur sudah 40-an, mula terasa sunyi, tiada anak, tiada suami. Waktu usia begini sudah tentu tiada siapa jejaka mahu lagi kecuali duda atau suami orang. Kalau ada jejaka yang berminat, mungkin juga kerana wanita ini seorang yang berkarier dan berada. Jika tidak berkarier dan berada? Wallahu alam

Rawat Sendiri
Ada juga yang minta tips bagaimana menghindarinya. Kebiasaannya ana akan berikan panduan iaitu:

a. Berwuduk sebelum tidur
b. Baca Al-Fatihah dan Kursi sebelum tidur.
c. Dalam kedudukan baring, tadahkan tanganmu seolah berdoa, baca 3 Qul (Qul huwallah, Qul Auzubirabbil Falaq dan Qul Auzubirabbinnas) kemudian hembus ditapak tangan dan sapukan ke seluruh tidur.
d. Jangan lupa pasang mp3 ayat quran (surah al-Baqarah paling disyorkan) atau ayat ruqyah sebelum tidur.
e. Sewaktu datang bulan, hendaklah berzikir 1000 kali sehari semampunya. Tak perlu zikir yang susah, cukup sekadar zikir mudah seperti subhanallah atau alhamdulillah atau allahu akbar.
f. Jika didatangi juga ketika sudah buat semua amalan tadi, hendaklah azan apabila diganggu. Jika lidah kelu, azan sahaja dalam hati. Insya allah.

Perawat Islam tidak mampu berbuat apa walaupun sudah pagar rumah sekalipun, pasti diganggu jika tidak buat perkara di atas.

Teringat kisah salah satu pesakit ana, seorang amoi mengambil keputusan, tidur memeluk al-Quran kerana gangguan agak reda dan tidak ganas. Malangnya, amoi tadi belum dapat hidayah untuk masuk Islam. Semoga dia mendapat hidayah dari Allah.
Anda ada masalah yang sama dan malu bertanya? Itulah jawapannya..

sumber :- http://klinik-muallij.blogspot.com/2011/11/dirogol-jin-punca-wanita-kahwin-lewat.html

Friday, January 6, 2012

MISTERI DAN SEJARAH TENTANG TAMAN TERGANTUNG BABYLON



Bagaimana rupanya taman tergantung Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah puisi : ”Seseorang boleh minum pati buah di taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.”
Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air, dan ke kota Babylon di bawahnya.
Seluruh wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak taman.
Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.
Sejarah Pembuatan Taman Tergantung
Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagaiIraqselatan.
Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.
Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua.
Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.
“Dongeng tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan pada festival tahun baru di Babylon.
Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan Tuhan Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi, Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.


Tower of Babel

Bangsa Babylon mempunyai sistem angka yang lebih maju dari yang kita miliki sekarang, dengan sistem posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga membuat tabel untuk membantu dalam proses perhitungan.
Mereka membahagi hari sama seperti yang sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit, untuk setiap jam dan setiap 60 minit.
Adat kebiasaan bangsa Babylon ini ikut mempengaruhi bangsa Assyria dan turut memberikan kontribusi terhadap sejarah Timur Tengah dan Eropah Barat dikemudian hari.
Babylon mengalami kemerosotan dan jatuh kedalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi kemudian bangun berkembang kembali sebagai sebahagian negara  dari kerajaan Assyria selepas abad ke 9 BC.
Babylon akhirnya dihancurkan pada 689 BC, oleh bangsa Assyria dibawah kepemimpinanSennaCherib, tetapi kembali dibina lagi.  
 
Nabopolassar mendirikan apa yang sekarang dikenali sebagai Chaldean atau kerajaan baru Babylon pada 625 BC, dan akhirnya mencapai masa keemasannya dibawah pemerintahan anaknya Nebuchadnezzar (604-562 BC).
Kejayaan serta kemegahan Babylon menjadi terkenal dan legenda sejak naik tahtanya Nebuchadnezzar, yang dipercayai sebagai pembina Taman Tergantung Babylon.


Persembahan Rasa Cinta

Seperti juga Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk permaisuri terkasihnya Mumtaz Mahal, taman bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah persembahan cinta.
Taman ini dibina Nebukadnezar II yang memerintah dari tahun 605-562 SM, dikhas bagi Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di pergunungan Persia (Iran).
Kemahuan Amytis besar diantara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon.
Babylon merupakan wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung halamannya.
Untuk mengobati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran tinggi. Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq.
Menurut sejarawan Yunani Diodorus Siculus, lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).
Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.
Sejarawan lainnya, Herodotus mengungkapkan, bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang panjangnya mencapai 56 mil.
Jalan taman ini sangat lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah balik.
Disini juga berdiri kuil-kuil pemujaan yang berisi patung dewa dari emas. Taman ini dibuat bertingkat, lebih tinggi dari bangunan lain di kota Babylon, menimbulkan ilusi ‘tergantung di udara’.
Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung.
Disebutkan juga, bahawa taman itu dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur isterinya yang sangat suka berada didaerah yang dikelilingi oleh pergunungan.
Semenjak itulah taman tergantung, satu dari tujuh keajaiban dunia yang ada.